Friday, May 25, 2012

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

Sunday, May 6, 2012

Khutbah Ikut Sunnah

Nabi Muhammad saw berkhutbah di atas anak tangga yang ketiga. Hanya tiga anak tangga. Pada hal semasa zaman nabi kalau nak dibina mimbar setinggi pokok kurma pun boleh.

Tidur semasa khutbah

Khatib hendaklah pendekkan khutbah. Nada khutbah hendaklah tinggi. Pesanan berkenaan hari kiamat. Jika khatib mengikut sunnah nabi dalam berkhutbah nescaya tidak ada siapapun yang sempat untuk tidur. Nabi memajangkan solat dan pendekkan khutbah. Kini solat dipendekkan kerana jamaah tak larat nak berdiri lama-lama. Kalau duduk lama-lama tak apa.  Ramai orang yang komen masjid itu cepat dan masjid ini lambat. Orang lebih suka pergi masjid yang cepat solat. Inilah masalahnya solat kerana budaya bukan kerana ibadah. Tapi kalau kita kata kepada manusia mereka tentu akan marah. Inilah hakikatnya.

Sejarah Khutbah Jumaat

Khutbah Jumaat adalah syariat Islam yang diwajibkan ke atas Imam berkhutbah dan makmum mendengar khutbah. Asalnya khutbah itu disampaikan oleh khatib secara terus, tetapi oleh kerana manusia ini suka-suka memanjang-manjangkan khubah maka teks ditulis. Asalnya tidak ada teks kerana khubah hanya satu point sahaja iaitu mengingati hari akhirat. Kini tajuknya diperbanyakkan sehingga berkenaan dunia pun dimasukan ke dalam khutbah.